//
you're reading...
Syarah Riyadhush Shalihin

Hadits No. 22


Dari Abu Nujaid (dengan dhammahnya nun dan fathahnya jim) iaitu lmran bin Hushain al-Khuza’i radhiallahu ‘anhuma bahawasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata: “Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus dikenakan had – hukuman – maka tegakkanlah had itu atas diriku.” Nabiullah lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda: “Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan – kandungannya, maka datanglah padaku dengan membawanya.” Wali tersebut melakukan apa yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir – lalu beliau memerintahkan untuk memberi hukuman, wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian direjamlah. Selanjutnya beliau menyembahyangi jenazahnya.

Umar berkata pada beliau: “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?” Beliau bersabda: “Ia telah bertaubat benar-benar, andai kata taubatnya itu dibahagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah ‘Azzawajalla.”

PENGESAHAN HADITS

Diriwayatkan oleh muslim [1696]

KANDUNGAN HADITS

1. Seorang mukmin yang benar-benar bertaubat jika melakukan pelanggaran syariat alloh, maka dia akan segera bertaubat untuk menyucikan dan membersihkan dirinya dari kotoran dosa, meskipun dia harus membayarnya dengan jiwa.

2. Hukum hadd merupakan pelebur berbagai kesalahan dan ancaman bagi setiap pelaku kemaksiatan.

3. Hukuman hadd tidak boleh diberkukan pada wanita hamil sampai ia melahirkan.

About Abu Fathan As Salafy

Anak Yang Tampan

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: